Hari Malaysia disambut pada 16
September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di
tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah
Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi
membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku
pada 1 Jun 1963 namun
kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan
sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk
pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16
September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi
membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan
masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.[1]
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena
hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya
Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia,[2] namun
mulai tahun 2010,
Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.[3]
Hari Malaysia هاري مليسيا | |
---|---|
Hari Malaysia yang disambut pada 2011
| |
Nama rasmi | Hari Malaysia |
Juga dikenali sebagai | Malaysia |
Diraikan oleh | Rakyat Malaysia |
Jenis | kebangsaan |
Kepentingan | Tanda simbolik dan peringatan bagi penubuhan Persekutuan Malaysia |
Tarikh | 16 September 1963 |
SEJARAH HARI MALAYSIA
Hari Malaysia disambut pada 16
September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di
tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah
Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi
membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku
pada 1 Jun 1963 namun
kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan
sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk
pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16
September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi
membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan
masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.[1]
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena
hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya
Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia,[2] namun
mulai tahun 2010,
Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.[3]
TANGGAL 16 September tahun ini, usia Malaysia sebenarnya
baharu mencecah 46 tahun. Tarikh ini pada tahun 1963, Persekutuan Malaysia
dirasmikan penubuhannya serta diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.
Perisytiharan dibuat di Stadium Merdeka disaksikan oleh Yang
di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka,
Sarawak dan Sabah serta 30 ribu rakyat jelata.Penubuhan Persekutuan Malaysia
ditentang hebat oleh Indonesia dan Filipina. Indonesia tidak senang dengan
penubuhan Persekutuan Malaysia lantas, melancarkan konfrantasi ketenteraan di
bawah slogan "Ganyang Malaysia" yang berlanjutan sehingga tahun 1966.
Filipina pula menuntut haknya ke atas Sabah atas hujahan
perjanjian yang dimeterai antara Kesultanan Sulu dengan pihak British. Brunei
yang turut termasuk dalam rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia membatalkan
penyertaannya setelah berdepan dengan pemberontakan besar-besaran di Brunei
oleh Sheikh Azhari pada penghujung 1962.
Sekalipun begitu, akhirnya pada 9 Julai 1963, Perjanjian
penubuhan Persekutuan Malaysia dimeterai di London hanya setelah Laporan
Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan menyatakan, lebih 80 peratus rakyat
Sarawak dan Sabah bersetuju dengan cadangan kemerdekaan melalui penggabungan
bersama Persekutuan Tanah Melayu.
Tarikh perasmian pengisytiharan Persekutuan Malaysia telah
ditangguhkan daripada 1 Jun 1963 ke 31 Ogos 1963 kerana menunggu Laporan
Suruhanjaya Cobbold. Namun tarikh tersebut pula ditangguhkan setelah Indonesia
dan Filipina memperhebatkan tentangan mereka terhadap penubuhan Persekutuan
Malaysia. Dan akhirnya 16 September 1963 menjadi hari secara rasminya
Persekutuan Malaysia ditubuhkan.
Comments
Post a Comment