Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan hari yang amat bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama kerana pada hari tersebutlah negara kita mencapai kemerdekaan.Seluruh rakyat Malaysia menanti-nantikan Sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan pada setiap tahun di Dataran Merdeka.
Hari ini saya dan keluarga bersama-sama menyaksikan sambutan kemerdekaan kali yang ke-60.Kami menyaksikan sambutan tersebut di kaca TV sahaja kerana kami berada di Terengganu.Kami berasa teruja untuk menyaksikan sambutan tesebut.
Di sini ialah sedutan Sambutan Hari Kemerdekaan
Hari ini saya dan keluarga bersama-sama menyaksikan sambutan kemerdekaan kali yang ke-60.Kami menyaksikan sambutan tersebut di kaca TV sahaja kerana kami berada di Terengganu.Kami berasa teruja untuk menyaksikan sambutan tesebut.
Di sini ialah sedutan Sambutan Hari Kemerdekaan
Selepas ketibaan Yang Di-Pertuan Agong ialah penghormatan diraja..Seterusnya ialah persembahan 'Negaraku Sehati Sejiwa'.Persembahan ini menunjukkan keadaan ketika Malaysia sebelum merdeka dan pada hari merdeka.Saya dapat melihat kegembiraan rakyat Malaysia ketika mendapat kemerdekaan.Kemudian mereka yang berada di Dataran Merdeka bersama-sama menyanyikan lagu patriotik.
Setelah selesai menyanyikan lagu patriotik ,tembakan 14 das meriam yang menunjukkan 14 buah negeri di Malaysia dilepaskan.Kemudian mereka bersama-sama menyanyikan lagu 'Negaraku'.Kemudian bacaan ikrar negara.Selepas itu ialah persembahan POLIS DIRAJA MALAYASIA dan ANGKATAN TENTERA MALAYSIA. Persembahan mereka sungguh kemas dan teratur.
Selepas itu, perarakan pun bermula.Perarakan tersebut terdiri dari kontijen unit uniform,kontijen perpaduan ,kontijen animasi tempatan,kontijen sukan sea Kuala Lumpur 2017,kontijen Transfomai Nasional(TN50)dll.Kemudian ialah persembahan aset2 ATM,TLDM dan TUDM.
Akhir sekali ialah penghormatan diraja sebelum YANG DI-PERTUAN AGUNG berangkat.
Saya berasa bangga menjadi rakyat Malaysia yang merdeka.Saya harap saya dapat menyaksikan sambutan Hari Kemerdekaan bagi tahun 2018 secara langsung di Dataran Merdeka.
Comments
Post a Comment